PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya, maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan, pagi tadi.
#Dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, mangsa, Azim Hakimi Bin Abu Shuja, pelajar tingkatan 3 Elit, SMK Presint 9 (2) maut terjatuh dari tingkat tiga selepas cuba mengambil beg rakannya.
#Menurut laporan Daily Traffic Report, punca kejadian mangsa cuba mengambil beg rakannya yang telah dibuang keluar oleh rakan yang lain.
#Namun, ketika mangsa melompat keluar, mangsa gagal mengawal diri untuk bertahan dan terus terjatuh ke bawah," kata sumber.
#Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
#Polis juga sedang mengambil keterangan beberapa saksi (rakan mangsa) untuk membantu siasatan.
0 Response to "Pelajar lelaki Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya maut."
Post a Comment