Akibat video viral Lan Pet Pet bertengkar dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru-baru ini, Lan Pet Pet amat menyesal dan mengakui telah melakukan kesalahan moral yang amat besar.
'Jadikan ini sebagai teladan' Ujar beliau lagi.
“Tidak dinafikan kejadian ketika kereta saya dilarikan beberapa tahun lalu untuk rancangan Wakenabeb menjadikan saya fobia, Langsung menyebabkan saya berada dalam keadaan tersebut,”katanya.
Kata Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 47, menonton kembali video yang viral di media sosial itu membuatkan dia bertanya kembali kepada dirinya kenapa dia perlu mengamuk seperti itu.
“Saya perlu faham mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.
“Tetapi semuanya sudah selesai dan saya juga sudah selesaikan kompoun RM80,”katanya.
Ketika ini juga kata Lan dia sudah merancang untuk bertemu kembali dengan anggota MPSJ tersebut.
Jelasnya kali ini bukan sekadar mahu meminta maaf tetapi juga mahu mengeratkan hubungan.
“Sebenarnya semua sudah selesai, cuma saya rancang untuk bertemu dengan mereka kembali.
“Lepak lepak minum ke,”katanya.
Video tersebut menjadi viral dengan melihat Lan Pet Pet mengamuk dan memarahi anggota tersebut. Tayar pacuan 4 roda beliau telah dikunci oleh penguatkuasa tersebut kerana telah diletakkan di hadapan sebuah bank di USJ 10, Subag Jaya.
0 Response to "'JANGAN JADI MACAM SAYA' Luahan Perasaan Lan Pet Pet."
Post a Comment