Awan bergulung seperti ombak besar yang muncul di ruang angkasa Pekan Langkap dan Chui Chak pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar kawasan itu. Kejadian ini berlaku di Teluk Intan.
Kejadian bentuk awan yang mirip seperti tsunami itu dapat dilihat oleh seluruh penduduk berkenaan selama kira-kira hampir 15 minit.
Sebaik sahaja kejadian awan bergulung ini berlaku, langit tiba-tiba berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebat hampir satu jam di Langkap dan Chui Chak.
Bentuk awan yang luar biasa berbentuk ‘ombak besar’ dan ‘puting’ beliung itu berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 pagi. Ia telah menjadi viral di media sosial.
Ada nertizen melahirkan perasaan takut dan gerun dengan fenomena awan bergulung itu.
Menurut Ketua Kampung Chui Chak, Yeap Lai Hock, ketika kejadian beliau dan beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedang bergotong-royong membersihkan dewan kampung itu.
“Saya dan kawan-kawan rasa sangat teruja dan terus menangkap gambar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Menurut Yap, tidak lama selepas itu, langit terus berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya hampir satu jam.
Beliau berkata, sepanjang 54 tahun tinggal di Langkap beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu sebelumnya.
Rasimah Mohd Syad, 50, pula berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu seumur hidupnya.
“Ketika kejadian saya berada di Pasar Awam Langkap.
“Saya cukup teruja dengan tanda-tanda kebesaran Ilahi ini,” katanya.
SUMBER - BERNAMA
0 Response to "FOTO Awan Bergulung Gemparkan Penduduk Langkap, Teluk Intan."
Post a Comment