5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Anda Dan Keluarga Anda.

Terlalu banyak bahan-bahan di dalam rumah kita mengandungi bahan kimia ataupun bahan peluntur yang boleh merosakkan paru-paru kita. Samada kita sedari ataupun tanpa mengetahui apakah kesan sampingan bahan tersebut ke atas paru-paru kita.

Semua orang inginkan kebersihan rumah dan sentiasa cantik berkilat. Jangan inginkan cantik tetapi jangka masa panjang akan memudaratkan kita sekeluarga.

Jom kita lihat apakah 5 jenis barang yang boleh merosakkan paru-paru kita di dalam rumah kita sendiri.

1) Peluntur @ Klorin.

5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

1) Peluntur, klorin dan ammonia di dalam rumah adalah sejenis bahan penghakis dan mempunyai bau yang amat kuat. Ini amat lah berbahaya kepada yang mengidap penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti asma. Dan juga boleh menyebabkan seseorang itu akan mengidap penyakit berkaitan paru-paru.

2) Karpet Rumah.

5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

Karpet sememangnya memerangkap habuk paling terbaik. habuk akan selalu berkumpul di karpet dan akan berterbangan sekiranya dipijak ataupun ditepuk. Anak anda akan bersin, selsema dan batuk akibat habuk dari karpet ini dan boleh merosakkan paru-paru kita.

3) Vakum @ Penyedut Hampagas.
5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

Sebenarnya vakum menerbangkan habuk di dalam rumah anda akan ketika anda menggunakannya. Cara terbaik adalah mopkan lantai anda dahulu sebelum menggunakan vakum @ penyedut hampagas ini.

4) Sinki Bilik Mandi.

5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

Kulat senang membiak di kawasan-kawasan yang lembab terutama di bawah sinki. Adalah sepatutnya kita membersihkan kawasan bawah sinki ini sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan kulat-kulat membiak di situ.

5) Cat 

5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita.

Sekiranya anda ingin mengecat bilik, sila pastikan semua tingkap dibuka untuk peredaran udara. Cat mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil VOCs. VOCs mempunyai bau yang bahaya kepada paru-paru kita. Elakkan anak-anak anda menyedut bau ini semasa anda mengecat bilik.

0 Response to "5 Jenis Barang Di Rumah Yang Boleh Merosakkan Paru-Paru Kita Dan Keluarga Kita."

Post a Comment